Followers

Friday, August 28, 2009

sila berikan tajuk paling sesuai,

27hb aku dengan ummi balik melaka sama sama,sorry lah ummi terpaksa tunggu lama dekat hotel grand continental tue,huhuhu ada hal kat college nak kene settle kan.tapi tue pon tak settle lagi,sebab kesian kat ummi dah tunggu lama,aku cakap kat eja,tak apa lah.balik kl semula nanti kita settle kan.

sampai sampai pudu macam biasa banyak lah "gangster gangster" yang menahan aku tanya nak balik mana nak balik mana nasib baik lah dah biasa kene macam tue,dan nasib baik lah semalam ummi dengan eja ada.hahaha aku kalau dekat pudu tue sorang sorang,abis lah...pernah sekali aku balik melaka sorang sorang bila "gangster gangster" tue tanya nak balik mana,aku jawab lah melaka,dia dengan slumber tarik aku ok sini sini,bus nie jalan sekarang sambil dia buat muka serius yang bus tue dah nak gerak,aku pon beli jer lah,biasa kalau topek ada aku akan jual mahal dengan dyeorang,aku akan beli tiket dekat kaunter...selalu nya tiket bus balik melaka rm12.20 tapi tiket bus tue rm13.20 masa tue dalam fikiran tak kisah lah yang penting aku dapat keluar dari pudu tue secepat mungkin...dan dengan harapan kalau tiket dia mahal,mesti bus dia gila babi selesa lebih selesa dari bus KKKL huhuhu sekali bus yang aku dapat tue macam bus kilang jer...

so semalam kitorang dapat tiket pukul 2:30,dalam bus aku habis kan baca novel yang aku pinjam dari eca,hiks novel jiwang doe,hihihi.sambil melayan lagu lagu jiwang jugak.hiks.sampai melaka dalam pukul 4:30.

sampai rumah aku tak ingat pukul berapa tapi masa tue dah nak buka lah...kat meja dah siap makanan untuk berbuka sambal udang,lauk warna kuning tue,ayam goreng,lepas tue ummi ada beli air tembikai,murtabak,otak-otak dengan ayam yang tulang tulang tue...masa buka tue aku macam ada rasa nak demam,tapi tak teruk sangat,bila tengah makan makan rasa macam nak muntah aku pon tak tahu kenapa...disebabkan dah lama tak makan "lauk" aku paksa jugak makan,huhuhu...yelah selama berbuka dengan bersahur kat rumah,makanan yang hari hari aku makan nasi bujang...sekali dapat makan "lauk" nikmat gila...

betul lah cakap si kenot aku kalau balik melaka jer mesti demam,huhuhu...masin betul mulut kau kenot!