Followers

Friday, February 26, 2010

abu dzar abu zar,

Hel-lo hel-lo! bhahaha, hari nie aku ada benda nak update :) hehehe.

Hari nie aku balik melaka dengan kakngah,kakngah beli kan tiket balik melaka dari pudu pukul 9:30. First time aku balik malam malam nie,selalunya petang.

Aku gerak dari wmaju ke masjid jamek dalam pukul 8,masa dekat lrt wmaju aku nak try guna touch and go yang jemi masukkan dalam i/c aku,tapi tak boleh plak,atau pun aku yang tak reti guna. BHAHAHA!

Bila touch and go tak boleh guna, terpaksa lah beli tiket macam biasa,huhuhu! nasib baik malam tak ramai orang dah,so dapat lah aku duduk,dengan bawak beg berat! memang tak ah aku nak diri sampai masjid jamek kan huhuhu.

Tengah aku duduk, tiba tiba ada sorang mamat nie tegur aku. Aku tak perasan pon dia duduk sebelah aku,dia tanya aku buat apa sekarang. Tiba tiba kan?tanya aku buat apa sekarang. Aku jawab lah aku study,dia tanya lagi,amik course apa?culinary art...blablablablabla dia cakap.

Rupanya motif dia tegur aku sebab dia nak promot bisnes kat aku,aku dah agak dah mesti dia nak promot benda ala ala MLM blablabla tue,aku terus cakap,sorry lah tak minat lah MLM MLM nie.

Dia pujuk aku jugak,dia cakap bisnes dia nie lain daripada yang lain blablablablabla,dah puas dia merapu aku tanya dia,apa nama bisnes dia buat?sekali dia cakap EMALL daaa! bhahaha,memang aku hampir tergelak ah kat situ,sebab ramai jugak lah member aku yang join emall tue.dyeorang jugak antara orang terawal lah join,yekot?

Aku pon dengan confident bahas kan lah kat dia pasal busines dia tue,terdiam dia! bhahaha,bila dia dah terdiam tue,aku tanya lah income dia berapa dah,dia cakap belum ada income,aku tanya lagi dah berapa lama join busines nie,sekali dia cakap baru join 4 hari! wkwkwkwkwk,tapi beria cakap busines nie bagus blablabla,wkwkwkwkwkwk! arif kun sangat doe.


Hah nie part yang agak INTERESTING lah.

Borak punya borak aku terlupa nak tanya nama dia,aku tanya lah "NAMA KAU APA?" sekali dia jawab "ABU ZAR" aku pon jawab "OMGGG!nama kita sama doe,nama aku pon abu dzar,tapi ejaan dzar tue ada D lah." bhahahah,sumpah macam tak sangka doe.

Best jugak lah jumpa orang yang nama sama macam kita tegur kita.

Monday, February 22, 2010

converse terbang,

Kan best kalau aku ada kasut converse ada kepak yang boleh terbang macam luke bagi kat percy jackson. Nak pergi mana mana terbang jer, hikhikhik :)

Monday, February 15, 2010

semangat jer!,

Hari nie as usual aku memulakan hari apabila matahari sudah terpacak atas kepala, HAHAHA. Apa nak jadi, bangun bangun jer dari tidur keluar bilik cuci muka masuk dapur tengok atas meja ada nasi lemak yang ummi masak, slurrrp menyelerakan. Anak anak dara tengah bersiap siap nak keluar pergi shopping agaknye.

Aku masuk bilik semula dengan harapan dapat lelap kan mata semula, sebab tak ada benda nak buat kan. Tiba tiba ummi ketuk pintu bilik, "sepantas" kilat aku bukak, hehehe kalau lambat bukak kang derhaka pulak. *hahaha poyo lebih kan,padahal selalu jer lambat bukak pintu*

Ummi : Umi nak pergi melaka taw, kang kau masak lah.
K.ngah : Ayam akak dah keluar kan.
Aku : erm okayyy

Mula mula macam malas taw nak masak, sebab tengok nasi lemak macam banyak jer. So makan nasi lemak jer lah. Tiba tiba mood nak memasak datang, aku pon apa lagi tanpa melengahkan masa mengeluarkan chef knife aku *hahaha itu auta,sebab chef knife aku tinggal kat Kl*, buat lah mise en place, aku masak ayam masak 2 rasa, HAH mesti korang tak pernah rasa kan? ayam masak dua rasa nie ada rasa kicap dengan tom yam, pehhh slurrrrp! HAHAHA. aku masak 2 lauk act, lagi 1 lauk udang goreng tepung, HAHAHA! pon sedap jgk *hahaha masuk bakul angkat sendiri kan :)

Actually aku tak masak sorang, aku dibantu oleh kitchen helper aku topek HAHAHA! lepas dah siap masak aku cakap kat topek.

Ssin : Topek aku dapat idea!
Topek : Boleh buat bodoh jer... *malas nak layan aku lah tue*
Ssin : Kita kan nak bukak restoran,kene lah buta standard recipe! HAHAHA.

P/s : semangat nak bukak restoran makin membuak.

Sunday, February 7, 2010

ssin restaurant!,

Tiba tiba rasa macam nak bukak restoran bila dah habis diploma nanti.

Tapi topek suruh kerja dulu cari pengalaman.

Aku cakap, tak payah sebab ramai kawan2 aku yang boleh tolong.

Contoh;

Ai - Aku boleh bagi dia buat kerja2 yang ada mengunakan graphic, macam nak buat iklan ker, banner ker, logo restoran.

Noi - Aku suruh jaga account syarikat.

Eja - Boleh tolong promote restoran, maklum lah dia kan peramah.

Topek - Boleh memasak.

Eca - Sebenarnya kreatif, tapi tak nak tunjuk bakat. Macam2 sebenarnya eca boleh buat.

Connie - bodyguard aku!

dan yang paling penting SSIN, ofcourse lah goyang kaki,tunggu duit masuk,boleh gitewww?HAHAHA!

Entry paling merapu, Terima kasih :)

tak ada idea,

Pagi tadi aku on facebook ada dapat friend request fadilah mohammad aris, tak sangka pulak dia ada baca blog aku. Maybe dia dapat facebook aku pon daripada blog aku. Dia ada cakap *keep on writing kat blog* but the problem now is aku tak tahu nak mulakan dari mana.

Bila ada keluar hangout lepak pon tak tahu nak cerita macam mana, kadang2 bila dah tulis panjang2 aku delete semua balik tak pon save dalam draft jer. Macam mana tue?

*Masa tulis entry nie pon ai tegur "tue tulis panjang2 jap lagi mesti delete balik"

Choyyy sangat.