Followers

Saturday, May 23, 2009

kan best kalau hari hari macam nie,

hari nie 23 hb seperti yang aku dan mizi janjikan kitorang nak pergi kenduri kahwin rumah si ahyat,mizi dengan ahyat member satu dorm masa dekat plkn ayer keroh dulu,tapi tadi masa sampai,aku dengan mizi jer yang datang.call adam dia cakap dia datang kot tapi lambat sebab dia ada hal,call mat top pulak,mat top dah tukar no,grrr.padahal hari tue baru jer tukar no,dah tukar lagi gatal betul lah.nasib baik lah budak budak dorm aku ramai budak melaka,dorm aku ada 7 orang jer pon,kalau dorm korang lebih dari 7 kan?hahaha kemn ayer keroh special ok!2 orang jer budak dorm aku yang luar dari melaka,apart negeri sembilan,amirul kl...

tadi mula mula ingat nak gerak lambat,sebab nak kene ambil wani dengan k.chik dari kelas tambahan pukul 12:20 tapi nasib baik along ada kat rumah,aku mintak tolong ambil budak dua ekor tue naik van sebab aku nak keluar guna kereta.sebelum jumpa mizi kat melaka central aku pergi jumpa topek dulu,sebab aku ajak topek sekali,adik topek pon ikut sekali tadi si napie.

kitorang sampai rumah tue dalam pukul 1 lebih kalau tak silap,dah nak pukul 2:00,dengan sesat lagi nak mencari rumah pengantinnya,sampai sampai salam salam makan,lepas tue duduk kejap,masa kitorang sampai tue pengantin baru nak berarak,so tunggu lah sampai pengantin dah habis berarak baru kitorang blah.

mizi gerak balik rumah dia terus,kitorang pergi naik dua kereta.lepas tue dah alang alang sampai bertam tue teringat si syamimi ada dekat poli kota,so call lah dia tanya dia dekat mana,dia pulak ada dekat kamsis dia,kitorang ajak dia lepak,dia pon ok jer...lagipon dah lama tak jumpa budak tembam tue...tak plan pon nak jumpa dia,tapi macam biasa lah kalau benda tue kita plan mesti tak jadi punya lah,macam macam lah kitorang cerita tadi,benda paling tak boleh blah,bila syamimi cakap sekarang dia couple dengan nauf*** ,macam tak percaya dia boleh couple dengan budak yang dulu nya dia benci gila masa dekat sekolah,tue lah orang cakap,orang yang kita benci tue lah yang akan jadi pasangan kita...kitorang terkejut gila dengar cerita tue,lepas tue topek cerita lah kisah cinta dia kat syam blablabla

dalam pukul 5:00 kitorang gerak,hantar syamimi dulu,lepas tue topek dengan napie,lepas tue harinie banyak roadblock doe,tapi semua roadblock aku lepas muahahaha,sampai rumah dalam pukul 6 lebih,sampai sampai jer masuk bilik ummi jap,ummi tegur, "woah dah boleh bawak kereta,keluar pagi balik malam..." huhuhu.

malam pulak pukul 8:00 aku gerak pergi rumah arif,member masa dekat sekolah,arif ajak lepak.sebab pak joe pon nak datang rumah dia,bukan selalu dapat lepak sekali,hahaha so macam biasa lah kalau kitorang 3 dah bergabung sesi kutuk mengutuk lah apa lagi,kalau ada lagi geng geng kita mesti lagi best doe,kawah,man semua lah yang sekepala dulu.

p/s : lepak tapi tak ada gambar pon,rugi nye.thanks ummi dengan buyah sebab bagi pinjam kereta hari nie :)