Followers

Monday, May 18, 2009

100plus tercampak melayang,

al kisahnya,tadi dalam pukul 4 lebih macam tue lepas orang azan asar aku ajak topek keluar,sebab topek cakap nak carik "alat tulis" hahaha,aku macam beria lah kan siap ala kalau cakap jer mesti tak jadi punya so kene ada sorang yang macam beria lah kan hikhikhik,aku ajak am sekali,sebab bosan lah kalau pergi dua orang jer,am macam biasa lah,nak manja manja pulak,ajak sekali tak nak,kene ajak berkali kali baru nak.gedik jer.

mula mula kita orang pergi jusco jer,lepas tue atas motor aku call k.ngah tanya dia kat mana,dia cakap dia kat rumah dia.aku cakap lah aku tengah jalan jalan nie,tetiba dia cakap dia lapar,tak ada makanan kat rumah dia,so aku pon belum pernah pergi damansara tue sendiri kan.

lepas dah beli barang barang untuk "exam" bergerak lah ker damansara tue,hahaha cuba baca balik ayat kat atas tue,"aku tak pernah pergi damansara sendiri" so jalan tue macam ingat ingat lupa lah kan.hahaha so kitorg sesat berkali kali,buat u-turn lebih 5 kali sampai kan am naik bengang.

yang pelik nya kita orang hari nie asyik mintak maaf jer kat am doe,aku pon tak taw kenapa.selepas cubaan demi cubaan sampai lah kami ker rumah k.ngah adoi ai.masa tue dah pukul 7,sampai sampai jer k.ngah ngada ngada pulak suruh bawak dia pergi giant sebab dia tak ada kemudahan nak keluar rumah.aku kan adik yang baik so rajin kan lah diri bawak dia ke sana.nasib baik topek ada,hehehe kalau korang nak taw,aku nie rabun malam,so kalau dah gelap gelap tue aku memang "kurang" sikit nampak jalan.

lepas k.ngah dah beli barang barang semua.hantar dia balik rumah dia,aku pon gerak lah balik...

dalam perjalanan pulang (omg dah macam karangan spm ok ayat) wkwkwkwkwk (tiru gelak razib) lepas isi minyak dekat petronas,ok yang pelik nya masa dekat petronas aku beli kan am 100plus sebab,entah tak tahu kenapa,aku rasa macam gila babi bersalah dekat dia,sebab banyak kali sesat.ok sambung balik.bila kitorg dah lepas one utama tue jalan jam masa tue,aku dengan topek dah jalan depan,kitorg jalan jalan jalan,tetiba aku tengok belakang,am tak ada doe!aku dah pelik mana am,kita orang berhenti,masa tue kitorg tengok kereta macam banyak berhenti taw,aku dah risau...

tetiba dari jauh topek nampak ada orang berdiri dalam sesak sesak kereta tue,baca balik ayat atas aku rabun malam so aku memang tak nampak lah am dari jauh tue,tapi bila aku tak nampak am kat belakang aku dah agak dah am EKSIDEN!risau doe,aku dengan topek pusing lah balik kat am,sampai sampai situ nasib baik am tak ada apa apa,luka luka sikit jer,nasib baik.am tue baru lepas eksiden pon nak buat loyar buruk lagi.

so baru lah sekarang aku faham kenapa aku dengan topek asyik rasa bersalah dekat am,lepas tue aku belikan am 100plus,maybe dah ada tanda tanda yang am nak eksiden tadi,adoi ai...

p/s : sorry entry panjang berjela,ala ingat razib punya blog jer entry panjang berjela wkwkwkwkwkwk