Followers

Sunday, April 19, 2009

Sogo - Hospital Tawakkal,

hari nie aku plan nak balik melaka,dengan ai,topek.tapi tak jadi.sebab keluar ramai ramai dengan budak budak rumah,tak rancang pun nak keluar tadi,tiba tiba jer along ajak keluar.ingat kan nak join sekejap jer,lepas tue gerak balik.tapi tengok jam dah lewat sangat,bus pon dah tak ada,aku batalkan lah plan asal tadi.tapi esok aku balik lah melaka,lagi pon aku free sampai selasa.

mula mula nak pergi karaoke dekat SOGO jer kan dekat sikit,pergi pergi macam mahal plak kan,so kita orang pergi lah karaoke dekat tempat yang kita orang selalu pergi dekat area area Times Square.biasa nya kalau kita orang pergi karaoke aku memang duduk tepi jer sebab segan nak nyanyi,tapi tadi aku banyak sungguh merosakkan lagu orang,asyik jerit jerit macam orang gila,lagu sedih pon nak jerit jerit,ini kan lagu yang ada jerit lagi lah kan,hahaha.tapi paling best masa nyanyi ramai ramai lagu bon jovi - its my life best gila,sampai hilang suara.tapi boleh jerit lagi :)

lepas abis karaoke terus balik lah kan,dalam bus duduk duduk masa tue tengah jam taw,aku cakap dekat along "kalau kita jalan kaki pon dah sampai aku rasa" along cakap apa entah aku lupa,lepas tue faiz macam cabar cabar aku taw,entah apa gila aku,aku cakap kalau aku boleh sampai steven's setapak dulu sebelum dia orang,along kene bagi dekat aku rm1500.00 motif aku mintak rm1500.00?hahaha adalah,tapi syarat nya aku kene bagi semua duit yang aku ada pada along,aku keluar kan semua duit aku tekan loceng aku keluar.

aku turun dekat SOGO masa tue,so kene lah berlari kan,bayang kan aku lari dari SOGO - Hospital Tawakkal yang lepas bulatan pahang tue,jauh tak?korang cuba lah.bukan ker tadi aku cakap nak lari sampai steven's setapak?cerita nya,aku tengah lari lari tiba tiba ada orang panggil aku dari belakang,rupanya along topek dengan am tunggu aku kat hospital tawakkal,so kira nya aku dah kalah lah pertaruhan tue,haih.along cakap dia tak sanggup tengok aku lari :)) dia orang perasan aku masa aku lari dekat chow kit,along risau aku lari sorang sorang kan.

gila sungguh aku hari nie,mungkin salah satu cara nak hilang kan tekanan sikit,tekanan lah sangat.tapi tue lah macam tak percaya aku lari dari SOGO - Hospital tawakkal.lagi pun aku dah lama tak bersukan,lepas nie mungkin aku boleh join dia orang main futsal?AHAHAHA

p/s : lan,ai,arif,faiz aku lari sampai Hospital Tawakkal jer,aku ingat nak terus lari,tapi along tak bagi.