Hari nie ummi mintak aku drive untuk pergi sekolah dak ita dan settle kan hal hal ummi dekat maktab,malam tadi lagi ummi dah pesan dekat aku. Aku ok jer,huhuhu lagi pun aku nak pergi kedai menara,nak hantar spek aku. Akak kat menara tue suruh hantar spek tue hari isnin. Aku dah pakai spek sekarang. Spek aku tue jatuh hari tue,maklum lah first time pakai spek so kadang2 macam rimas,so buka lah. tengah pegang tiba2 terjatuh huhuhu,mula2 aku tak perasan. Dah 2 3 hari tue baru aku perasan lens dia macam terkeluar sikit,lens sebelah kiri jer. But still boleh pakai. Hari tue masa balik melaka ingat kan nak suruh dia repair jer,tiba2 akak tue cakap dia nak try tanya supplier kalau boleh dia tukar kan dengan yang baru. So kalau supplier ok aku akan dapat set baru lah. :p
Masa dekat sekolah dak ita tengah tunggu dia beli buku, ummi tanya aku pakai akaun bank apa sekarang, aku jawab lah Cimb. Ummi nak suruh aku buka akaun bank islam supaya kalau dia nak transfer duit senang. Guna internet jer,Cimb pon boleh transfer duit guna internet. Tapi hari tue ummi transfer duit guna internet. 2 hari kot baru masuk dalam akaun. huhuhu,lambat gila. Tak tahu lah kalau dia dah update kan sekarang.
So lepas dak ita dah settle beli barang,kitorang pergi maktab dulu sebab ummi nak settle kan hal2 dia,dia nak hantar result exam ker apa tadi. Lupa lah plak,tapi ada kene mengene dengan result exam lah kot.
Lepas tue baru kitorang pergi bank islam untuk buka akaun kat situ. Ya Allah punya lah ramai orang. Tak kisah lah ramai orang,tapi masalah nya no giliran tue tak bergerak. Lama jugak lah menunggu giliran,ramai juga lah makcik2 tadi menyindir "nak pergi makan sempat tak" "sempat sempat roti canai sekeping" hahaha kitorang siap sempat pergi kedai cermin mata,sebab dak ita nak buat spek baru.
Kitorang ambil 2 no giliran,1 no giliran buyah punya 1018. Lagi 1 aku punya 1160,kalau korang nak taw masa aku ambil no giliran tue,ada lagi 68 orang sebelum aku,bayang kan betapa ramai nya orang. Lepas dah settle beli spek untuk dak ita,ummi suruh aku patah balik kat bank islam mana taw ada rezeki,kitorang sampai jer no giliran kitorang sampai kan. Tapi aku sampai2 jer no giliran buyah dah terlepas,pak guard kat situ perasan aku. Dia cakap "alaaa dik dah lepas lah,hah tak pe lah tunggu 1160 tue" masa aku sampai tue no giliran 1125 huhuhu, Kitorang tak tunggu kat situ sebab masa kitorang tunggu sebelum tue, angka giliran tue tak bergerak gerak. Aku pon tak faham kenapa lambat sangat urusan dia. Yang aku pelik nya biasa nya kalau bank bank lain kalau untuk buka akaun dia akan sediakan kaunter khas untuk orang orang yang nak buka akaun taw,tapi tadi kat bank islam tak ada kaunter kaunter khas. Aku rasa sebab tue lah macam slow sikit urusan dyeorang.
Lagi satu bank islam ada buat no giliran khas untuk warga emas taw, kalau orang tue berumur 55 tahun keatas dia boleh ambil no giliran untuk warga emas. So bila pak cik2 tue tahu ada benda tue,semua nak keluar kan masukkan dalam mesin no giliran tue. Lepas ambil no giliran pak cik2 tue terus dapat pergi kaunter doe. So orang2 muda nie apa lagi semua nak ngaku warga emas hahaha. Aku suruh buyah ambil no giliran warga emas,tapi buyah warga muda lagi baru 50 tahun hahaha muda ker?
So bila dah terlepas no giliran buyah tue,aku dengan ummi tunggu lah kat situ. Buyah dah balik office dia ada meeting kot. Bila no giliran aku dah nak sampai aku cakap kat ummi "ummi bila no dah nak sampai nie,nervous plak" hahaha!aku dengan ummi siap buat countdown taw!bila sampai 1159 tue kitorang macam dah ready nak bangun bila bunyi "tiiing" jer aku tengok ummi macam dah bangun tiba2 no yang keluar no warga emas 3***,aku tergelak jer.
kitorang dah lega sikit sebab no dah start gerak laju macam air,hahaha tipu lah macam air kan. lebih kurang selang 3 minit no tue bertukar lah. masa nie dah start countdown taw!
adik beradik kot yang kat kaunter tue,tunggu kat situ lebih kurang 2 jam 1/2,cuba korang bayang kan!tak tahu lah kalau dyeorang sempat lunch ker tapi bila kitorang sampai bank tue dyeorang nie still ada lagi. Banyak jugak no yang dah tak ada orang. Maybe give up kot,malas dah nak menunggu. Aku dengan ummi dah tak sabar nak bangun.
Tiba2 boleh pulak keluar no nie,no untuk warga emas. HAHAHA!orang dah lah tengah excited. Boleh pulak bila dah keluar no 1160 camera hp ummi problem. Grrr dengki betul lah!
1 comment:
aller sur mon blog Dolabuy Goyard lire toutes les informations ici réplique gucci plus d'informations ici dolabuy gucci
Post a Comment