Followers

Wednesday, December 30, 2009

zero X,

Haaaih,penglihatan kabur semula untuk jangka masa 2 minggu kot. Akak kat menara tue suruh aku tinggalkan spek kat situ. Dia nak tukar kan dengan yang baru. Sekarang nie baru lah aku terasa bila tak ada spek. Pandangan kabur jer,tadi drive pergi beli makanan untuk ummi kat pekan sg rambai,drive malam2 memang kabur jer. Haaaih harap kakak tue boleh repair spek aku tue cepat sikit,rindu lah dengan spek created by nicholas tse tue hehehe ;))

Tuesday, December 29, 2009

dah terlebih darah agaknye,


Dari semalam lagi tiba2 jer aku macam rasa nak derma darah lah. Kolej aku tue selalu jer buat kempen derma darah,tapi bila ada derma darah jer masa tue lah alasan alasan keluar. "aku tak sihat lah" "jarum tue besar sangat,kesian urat tangan aku" "alaaa tak nak lah nanti lepas derma darah pengsan macam budak perempuan aritu,malu bhai!" "nanti berat badan naik!" hahaha,tapi aku bertekad lepas nie kalau ada derma darah lagi kat kolej tue,aku nak cuba pergi. Huhuu,excited nie. :p

perlu atau tak,

Betul ker pendapat nie,


"Tak perlu luahkan isi hati kita pada si dia,sebab si dia dah sedia maklum tentang apa yang kita rasa..."

Contoh;

"i miss you,i love you dll"


Monday, December 28, 2009

warga muda sibuk nak jadi warga emas,

Hari nie ummi mintak aku drive untuk pergi sekolah dak ita dan settle kan hal hal ummi dekat maktab,malam tadi lagi ummi dah pesan dekat aku. Aku ok jer,huhuhu lagi pun aku nak pergi kedai menara,nak hantar spek aku. Akak kat menara tue suruh hantar spek tue hari isnin. Aku dah pakai spek sekarang. Spek aku tue jatuh hari tue,maklum lah first time pakai spek so kadang2 macam rimas,so buka lah. tengah pegang tiba2 terjatuh huhuhu,mula2 aku tak perasan. Dah 2 3 hari tue baru aku perasan lens dia macam terkeluar sikit,lens sebelah kiri jer. But still boleh pakai. Hari tue masa balik melaka ingat kan nak suruh dia repair jer,tiba2 akak tue cakap dia nak try tanya supplier kalau boleh dia tukar kan dengan yang baru. So kalau supplier ok aku akan dapat set baru lah. :p

Masa dekat sekolah dak ita tengah tunggu dia beli buku, ummi tanya aku pakai akaun bank apa sekarang, aku jawab lah Cimb. Ummi nak suruh aku buka akaun bank islam supaya kalau dia nak transfer duit senang. Guna internet jer,Cimb pon boleh transfer duit guna internet. Tapi hari tue ummi transfer duit guna internet. 2 hari kot baru masuk dalam akaun. huhuhu,lambat gila. Tak tahu lah kalau dia dah update kan sekarang.

So lepas dak ita dah settle beli barang,kitorang pergi maktab dulu sebab ummi nak settle kan hal2 dia,dia nak hantar result exam ker apa tadi. Lupa lah plak,tapi ada kene mengene dengan result exam lah kot.

Lepas tue baru kitorang pergi bank islam untuk buka akaun kat situ. Ya Allah punya lah ramai orang. Tak kisah lah ramai orang,tapi masalah nya no giliran tue tak bergerak. Lama jugak lah menunggu giliran,ramai juga lah makcik2 tadi menyindir "nak pergi makan sempat tak" "sempat sempat roti canai sekeping" hahaha kitorang siap sempat pergi kedai cermin mata,sebab dak ita nak buat spek baru.


No giliran buyah. (buyah nak buat apa entah,ada kene mengene dengan tabung haji.)

No giliran aku. (aku nak buka akaun)

Kitorang ambil 2 no giliran,1 no giliran buyah punya 1018. Lagi 1 aku punya 1160,kalau korang nak taw masa aku ambil no giliran tue,ada lagi 68 orang sebelum aku,bayang kan betapa ramai nya orang. Lepas dah settle beli spek untuk dak ita,ummi suruh aku patah balik kat bank islam mana taw ada rezeki,kitorang sampai jer no giliran kitorang sampai kan. Tapi aku sampai2 jer no giliran buyah dah terlepas,pak guard kat situ perasan aku. Dia cakap "alaaa dik dah lepas lah,hah tak pe lah tunggu 1160 tue" masa aku sampai tue no giliran 1125 huhuhu, Kitorang tak tunggu kat situ sebab masa kitorang tunggu sebelum tue, angka giliran tue tak bergerak gerak. Aku pon tak faham kenapa lambat sangat urusan dia. Yang aku pelik nya biasa nya kalau bank bank lain kalau untuk buka akaun dia akan sediakan kaunter khas untuk orang orang yang nak buka akaun taw,tapi tadi kat bank islam tak ada kaunter kaunter khas. Aku rasa sebab tue lah macam slow sikit urusan dyeorang.

Lagi satu bank islam ada buat no giliran khas untuk warga emas taw, kalau orang tue berumur 55 tahun keatas dia boleh ambil no giliran untuk warga emas. So bila pak cik2 tue tahu ada benda tue,semua nak keluar kan masukkan dalam mesin no giliran tue. Lepas ambil no giliran pak cik2 tue terus dapat pergi kaunter doe. So orang2 muda nie apa lagi semua nak ngaku warga emas hahaha. Aku suruh buyah ambil no giliran warga emas,tapi buyah warga muda lagi baru 50 tahun hahaha muda ker?

So bila dah terlepas no giliran buyah tue,aku dengan ummi tunggu lah kat situ. Buyah dah balik office dia ada meeting kot. Bila no giliran aku dah nak sampai aku cakap kat ummi "ummi bila no dah nak sampai nie,nervous plak" hahaha!aku dengan ummi siap buat countdown taw!bila sampai 1159 tue kitorang macam dah ready nak bangun bila bunyi "tiiing" jer aku tengok ummi macam dah bangun tiba2 no yang keluar no warga emas 3***,aku tergelak jer.

kitorang dah lega sikit sebab no dah start gerak laju macam air,hahaha tipu lah macam air kan. lebih kurang selang 3 minit no tue bertukar lah. masa nie dah start countdown taw!

adik beradik kot yang kat kaunter tue,tunggu kat situ lebih kurang 2 jam 1/2,cuba korang bayang kan!tak tahu lah kalau dyeorang sempat lunch ker tapi bila kitorang sampai bank tue dyeorang nie still ada lagi. Banyak jugak no yang dah tak ada orang. Maybe give up kot,malas dah nak menunggu. Aku dengan ummi dah tak sabar nak bangun.

Tiba2 boleh pulak keluar no nie,no untuk warga emas. HAHAHA!orang dah lah tengah excited. Boleh pulak bila dah keluar no 1160 camera hp ummi problem. Grrr dengki betul lah!

Sunday, December 27, 2009

happy anniversary,


selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-23 ummi & buyah :)

new template please,

aku bosan dengan template lama aku,urgh.tak tahu nak pakai template apa lagi doe.fening fening fening!

puas hati,

hari nie ummi mintak aku masak untuk makan tengah hari,ummi nak kene keluar pergi kenduri kahwin.aku mula mula macam malas nak masak,tapi bila fikir fikir balik.alaaa masak bukan susah pon.sebelum aku keluar pergi pasar beli lauk,aku suruh kak chik wani dengan ita bersihkan peti ais,dah serabut aku tengok peti ais tue,nak masak pon tak ada mood.

sampai sampai rumah benda pertama aku check peti ais,budak budak nie bukan boleh percaya.nasib baik dah bersih peti ais tue.tenang sikit hati nie hahaha.so apa lagi aku pon mula lah memasak.aku masak tom yam jer tadi.bila dah siap masak tue,aku kemas rumah pulak,mula mula aku nak sapu jer.aku suruh dak ita mop.dak ita bagi alasan dia tak reti mop urgh ngada ngada betul,so sume aku lah yang kene buat.dak uman aku suruh kemas dapur.pinggan dah berlambak dalam sinki.nasib baik semua ikut arahan :p tapi part lipat baju dengan gosok baju memang failed,mesti terbengkalai.aku pon tak faham.kenapa eyh?susah ker nak lipat baju dengan gosok baju?bagi aku kalau lipat baju aku ok jer,tapi part nak gosok baju memang aku malas sikit,entah lah macam leceh doe keje dia.

bila dah siap kemas sume,aku tengok budak budak nie makan masakan aku siap tambah berkali kali,puas hati aku :) (abg/buja tahu masakan buja masak memang sedappp kaaan!) hahaha!

Saturday, December 26, 2009

Friday, December 25, 2009

sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru,

haaaih pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru dah,maknanya aku dah nak habis semester 5.semester baru start januari nie.4-7 januari nie aku ada final exam malaysian studies,principle of marketing dengan catering operation system.harap harap dapat buat final exam nanti,tak macam sem sem lepas.huhuhu.habis final exam jer cuti sekejap then 14 januari register subject untuk semester 6.18 januari start class rasa nya.huhuhu orang lain cuti berbulan,kitorang cuti tak sampai 2 minggu,sadis jer.semester depan aku dah plan dengan budak budak group aku tak nak ambil subject faculty :p hehehe (kalau boleh lah) agak agak boleh tak :p

p/s : aku dah drop subject malaysian cuisine,tapi slip result still akan keluar F urgh still result aku nampak buruk :(


Thursday, December 24, 2009

stress!,

22 dec - 2 hari lepas aku telah dimasukkan ke hospital kuala lumpur untuk beberapa jam,cerita bermula apabila ;

malam 22 dec tue aku pergi makan kedai lems macam biasa lah memang itu aktiviti harian,tak kisah lah makan ker tak,memang kebiasaanya aku dan kawan kawan akan pergi kedai lems tue,hari tue jemi ada lepak sekali dengan kitorang,aku ambil dia dari cheras.dia ajak tengok cd masa dia kat kem hari tue.so malam tue masa tengah lepak macam macam lah cerita keluar pasal bacaan doa qunut lah doa makan lah doa tidur lah doa bangun dari tidur lah SUMPAH tak tipu dyeorang cite pasal doa doa hahahaha.

masa dyeorang tengah seronok bukak cerita aku order lah nasi bujang,sebab aku tengok jemi makan macam best jer.tapi bila makanan nya sampai aku makan sikit jer aku suruh jemi habis kan.malam tue aku macam tak ada selera.budak budak nie pulak bila dah habis cerita pasal doa doa,dyeorang bukak cerita pasal hantu plak.masa nie aku dah start rasa macam mual mual taw macam nak muntah,aku pergi lah lari jauh sikit.bila muntah tak ada apa apa keluar,air jer yang keluar.aku balik kat meja semula,minum air sikit,rasa nak muntah lagi.aku lari balik jauh jauh.eca teman,eca suruh minum air supaya senang muntah.masa nie jemi pon ada sekali,aku suruh dia pergi lepak kat meja sebab nanti dia nampak aku muntah,kang ada dia termuntah sekali kat situ.eca takpe sebab dia memang biasa dah teman teman orang muntah nie.jemi pulak tak nak blah,aku pon biar lah,jemi boleh plak tepuk tepuk belakang aku,yang aku ingat dia tepuk belakang aku 2 kali,then aku terus OFF/padam/pengsan.itu jer yang aku ingat.

budak budak nie cerita selepas aku pengsan ;
  • dyeorang try bangun kan aku tapi aku tak sedar.
  • dyeorang hantar aku pergi hospital naik taxi.
  • eja menangis,topek dengan jemi terdiam dekat luar masa doctor check aku dalam bilik tue.
  • topek cakap Medical Assistant HKL yang nama dia nassir kalau aku tak silap,macam gampang.kasar gila,dia cucuk jarum untuk masukkan air kat tangan aku sampai 5 kali.ada 1 urat tue dia cucuk sampai memancut darah aku keluar.bila darah dah memancut dia cuak,dia cover cover supaya doctor xnampak,bila doctor blah dia cuci tangan dia.then tinggalkan aku.bila aku sedar aku rasa macam melekit darah kat tangan aku.MA tue tak cuci pon darah yang memancut tadi,urgh sia* punya MA.
  • masa aku pengsan,zulaika berlari lari tengok aku,budak budak nie cakap zulaika rasa bersalah sangat,sebab dia ingat aku pengsan sebab zulaika hantar makanan aku lambat.
  • member connie yang kerja kat kedai makan sebelah cakap aku ada tekanan darah rendah :))
  • ramai jugak lah customer yang tengah makan tengok aku pengsan,budak budak cakap "pandai kau carik port nak pengsan jauh jauh kan" yelah kan,tak kan aku nak pengsan depan orang,memang tak jejak lagi lah kaki aku kat kedai makan bawah lrt tue.
  • bila aku dah sedar dari pengsan,aku dapat satu pelempang dari jemi (jemi ba bi!)
bila aku dah sedar,macam dah ok doctor bagitahu,aku dehydrate,stress sangat dengan gastrik.huhuhu,bila masa aku dapat gastrik pon aku tak sedar.haih,sekarang nie aku macam malu nak pergi kedai makan bawah lrt tue doe,malu gila kot.semalam aku nak makan pon,aku suruh budak budak nie beli bungkus jer makan kat rumah.

yang penting masa aku nak keluar tue nurse dari mahsa kot tanya aku,"yang tadi semua tue kawan kawan awak ker?"aku ye kan lah,then dyeorang cakap "untung awak ada kawan yang prihatin" cehhh sila lah bangga topek,jemi,eca,eja,connie :p sorry lah menyusahkan korang kene jaga aku :( sobsobsob

darah yang memancut tue dah kering dah bila aku sedar.bodoh punya MA.



ada 7 lubang ok kat tangan saya,hasil kerja tangan MA tue.percaya lah!

nasib baik lah aku tak kene tahan ward,budak budak nie cakap doctor nak tahan aku ward,terus aku cakap kat nurse yang nak ambil tekanan darah aku kot,aku cakap "saya tak kene tahan ward kan?alaaa saya ada quiz khamis nie..." jemi menyampuk "ala budak spm pon boleh buat kat hospital" urgh sibuk jer jemi,nurse tue senyum jer...aku tambah lagi "alaaa saya dah beli ticket nak pergi Paris,macam mana nie..." jemi menyampuk lagi "boleh delay kan!" jemi ba b!...


Saturday, December 12, 2009

thai mee bandung "gempeng",

psst nak bagitahu,kalau korang pergi makan dekat foodcourt tesc* melaka,jangan makan kat satu kedai thai nie,rasa makanan dia macam "gempeng",semalam lepas solat asar kat surau tesc*,aku ajak ummi makan dekat foodcourt aku pon beli lah thai mee bandung dia,ya ampun rasa dia macam "gempeng" bukan gampang tapi "gempeng" hahaha,aku rasa dia masak macam nie taw;

mula mula dia panas kan periuk lepas tue dia masukkan air,lepas air dah mendidih dia masukkan sos cili & tomato,lepas tue masukkan sotong,ikan,udang bila dah masakkan benda benda tue dia masukkan sawi.dah siap tue dia masukkan kuah tue dalam mee yang dah dicelur,jadi lah thai mee bandung yang rasa "gempeng" huh.gambar ada dalam hp kak ngah plak,nanti aku upload.