Followers

Thursday, September 17, 2009

masjid india - uptown,

haih,lama gila tak update blog...sekarang macam dah malas nak update blog,bosan kot huahuahua.

nak cerita apa eyh?erm.

ok 16 september dah janji dengan jemi nak jumpa kat masjid jamek sebab nak tolong jemi carik baju melayu dia,susah kot nak carik...lagi pun jemi sampai lambat kan lama jugak lah aku tunggu si jemi kat masjid jamek tue grrr,tapi kira ok lah daripada jemi tunggu aku kat times square hari tue 2 JAM kot muahahaha nie dah kira 0-0 lah nie lama sangat tunggu jemi tiba tiba ai call tanya aku kat mana,aku cakap lah kat masjid jamek,aku suruh dia tunggu kat sogo jer dengan topek,nanti aku gerak dengan jemi pergi sana,tiba tiba dyeorang cakap nak pergi masjid jamek jugak,dyeorang bosan kot duduk lama lama kat sogo tue,bila topek dengan ai sampai jer si jemi pon sampai,ok lah tue,semua dah sampai pusing pusing lah kitorang kat situ tolong jemi carik baju,susah kot nak carik...jemi plak cerewet kan muahahaha,nasib baik lah kitorang chill jer,jemi asyik kene perli jer dengan ai topek.dah penat pusing pusing tak jumpa jugak,kitorang pergi lah buka puasa dulu kat foodcourt sogo,ramai gila orang.kitorang beli makanan pon gilir gilir.huhuhu.dah settle makan semua kitorang patah balik pergi carik baju,masuk balik kedai kedai tadi,nasib baik jumpa baju nye...lepas tue kitorang pon gerak lah balik.

masa dalam train nak balik tue ada kes mamat india nie tersepit kat pintu train,sebab masa tue sampai stesyen mana entah,orang tak habis keluar lagi,tapi pintu train tue dah nak tutup so mamat tue tahan lah pintu tue "pang" terhentak lah tangan dia badan dia kat pintu tue,aku yang tengok mampu cakap "ouch ouch ouch" jer ngeri lah kot tengok ada lah lebih 3 kali pintu tue hentak badan mamat tue,sebab 3 kali pintu tue nak tertutup tapi mamat tue tahan...gila lah...

ingat kan lepas balik dari masjid india tue terus balik rumah,sekali ai dengan topek nak tengok tengok baju kat uptown,sampai jer wangsa maju,terus ambil teksi pergi uptown,ramai gila manusia kat uptown rasa cam nak patah kaki nie meredah manusia manusia tue...lepas dah settle semua lepak minum jap kat mamak masing masing dah haus...dalam pukul 1 lebih baru gerak balik rumah huhuhu.