Followers

Sunday, March 28, 2010

finally berasap juga,

hel-lo hel-lo,
Finally dapur rumah aku berasap! hahaha,yang penting aku merasmikan dapur tue. Semalam masak nasi,sardin dengan telur "hancur" hahaha, hari nie bangun jer tidur terus masak untuk brunch,nasi dengan sambal ikan bilis. Tapi,bila tengok sambal ikan bilis aku macam sedap rasa menyesal plak tak masak nasi lemak. Happy bila tengok ai makan siap tambah 2 kali,hehehe. Walaupun dapur rumah kitorang tak lengkap,just alas dengan kotak jer :p tapi ok lah.

Friday, March 26, 2010

1 jam jer,

hel-lo hel-lo,
Earth hour datang lagi,excited nak tutup lampu esok. Kalau tahun lepas masa Earth hour aku kat melaka,tapi untuk tahun nie. Aku kat Kl :) nak tengok jugak prihatin ker tak orang Malaysia.

hurm,

Haih,

Why all this happen to me. Why people can't understand me -___-

Tuesday, March 9, 2010

jiran oh jiran,

Hel-lo hel-lo! lama gila tak update blog :)

Nak cerita sekarang nie aku dah pindah cheras,bdr sri permaisuri :) dekat apartment lestari. Menyewa dekat rumah busu.

Baru 3 hari duduk rumah tue,dah dapat jiran yang sangat peramah. Maybe dia nak tegur malu,so dia guna cara dengan sidai baju kat grill rumah. HAHAHA,bila kitorang perasan baju tue disidai kat situ,kitorang biar lah pintu terbukak,nak tengok jugak jiran yang sidai tue. Mana lah tahu boleh beramah mesra kan.

Tapi sayang... Tak dapat tengok pon,sebab baju tue tiba tiba dah hilang HAHAHA.

Friday, February 26, 2010

abu dzar abu zar,

Hel-lo hel-lo! bhahaha, hari nie aku ada benda nak update :) hehehe.

Hari nie aku balik melaka dengan kakngah,kakngah beli kan tiket balik melaka dari pudu pukul 9:30. First time aku balik malam malam nie,selalunya petang.

Aku gerak dari wmaju ke masjid jamek dalam pukul 8,masa dekat lrt wmaju aku nak try guna touch and go yang jemi masukkan dalam i/c aku,tapi tak boleh plak,atau pun aku yang tak reti guna. BHAHAHA!

Bila touch and go tak boleh guna, terpaksa lah beli tiket macam biasa,huhuhu! nasib baik malam tak ramai orang dah,so dapat lah aku duduk,dengan bawak beg berat! memang tak ah aku nak diri sampai masjid jamek kan huhuhu.

Tengah aku duduk, tiba tiba ada sorang mamat nie tegur aku. Aku tak perasan pon dia duduk sebelah aku,dia tanya aku buat apa sekarang. Tiba tiba kan?tanya aku buat apa sekarang. Aku jawab lah aku study,dia tanya lagi,amik course apa?culinary art...blablablablabla dia cakap.

Rupanya motif dia tegur aku sebab dia nak promot bisnes kat aku,aku dah agak dah mesti dia nak promot benda ala ala MLM blablabla tue,aku terus cakap,sorry lah tak minat lah MLM MLM nie.

Dia pujuk aku jugak,dia cakap bisnes dia nie lain daripada yang lain blablablablabla,dah puas dia merapu aku tanya dia,apa nama bisnes dia buat?sekali dia cakap EMALL daaa! bhahaha,memang aku hampir tergelak ah kat situ,sebab ramai jugak lah member aku yang join emall tue.dyeorang jugak antara orang terawal lah join,yekot?

Aku pon dengan confident bahas kan lah kat dia pasal busines dia tue,terdiam dia! bhahaha,bila dia dah terdiam tue,aku tanya lah income dia berapa dah,dia cakap belum ada income,aku tanya lagi dah berapa lama join busines nie,sekali dia cakap baru join 4 hari! wkwkwkwkwk,tapi beria cakap busines nie bagus blablabla,wkwkwkwkwkwk! arif kun sangat doe.


Hah nie part yang agak INTERESTING lah.

Borak punya borak aku terlupa nak tanya nama dia,aku tanya lah "NAMA KAU APA?" sekali dia jawab "ABU ZAR" aku pon jawab "OMGGG!nama kita sama doe,nama aku pon abu dzar,tapi ejaan dzar tue ada D lah." bhahahah,sumpah macam tak sangka doe.

Best jugak lah jumpa orang yang nama sama macam kita tegur kita.

Monday, February 22, 2010

converse terbang,

Kan best kalau aku ada kasut converse ada kepak yang boleh terbang macam luke bagi kat percy jackson. Nak pergi mana mana terbang jer, hikhikhik :)

Monday, February 15, 2010

semangat jer!,

Hari nie as usual aku memulakan hari apabila matahari sudah terpacak atas kepala, HAHAHA. Apa nak jadi, bangun bangun jer dari tidur keluar bilik cuci muka masuk dapur tengok atas meja ada nasi lemak yang ummi masak, slurrrp menyelerakan. Anak anak dara tengah bersiap siap nak keluar pergi shopping agaknye.

Aku masuk bilik semula dengan harapan dapat lelap kan mata semula, sebab tak ada benda nak buat kan. Tiba tiba ummi ketuk pintu bilik, "sepantas" kilat aku bukak, hehehe kalau lambat bukak kang derhaka pulak. *hahaha poyo lebih kan,padahal selalu jer lambat bukak pintu*

Ummi : Umi nak pergi melaka taw, kang kau masak lah.
K.ngah : Ayam akak dah keluar kan.
Aku : erm okayyy

Mula mula macam malas taw nak masak, sebab tengok nasi lemak macam banyak jer. So makan nasi lemak jer lah. Tiba tiba mood nak memasak datang, aku pon apa lagi tanpa melengahkan masa mengeluarkan chef knife aku *hahaha itu auta,sebab chef knife aku tinggal kat Kl*, buat lah mise en place, aku masak ayam masak 2 rasa, HAH mesti korang tak pernah rasa kan? ayam masak dua rasa nie ada rasa kicap dengan tom yam, pehhh slurrrrp! HAHAHA. aku masak 2 lauk act, lagi 1 lauk udang goreng tepung, HAHAHA! pon sedap jgk *hahaha masuk bakul angkat sendiri kan :)

Actually aku tak masak sorang, aku dibantu oleh kitchen helper aku topek HAHAHA! lepas dah siap masak aku cakap kat topek.

Ssin : Topek aku dapat idea!
Topek : Boleh buat bodoh jer... *malas nak layan aku lah tue*
Ssin : Kita kan nak bukak restoran,kene lah buta standard recipe! HAHAHA.

P/s : semangat nak bukak restoran makin membuak.

Sunday, February 7, 2010

ssin restaurant!,

Tiba tiba rasa macam nak bukak restoran bila dah habis diploma nanti.

Tapi topek suruh kerja dulu cari pengalaman.

Aku cakap, tak payah sebab ramai kawan2 aku yang boleh tolong.

Contoh;

Ai - Aku boleh bagi dia buat kerja2 yang ada mengunakan graphic, macam nak buat iklan ker, banner ker, logo restoran.

Noi - Aku suruh jaga account syarikat.

Eja - Boleh tolong promote restoran, maklum lah dia kan peramah.

Topek - Boleh memasak.

Eca - Sebenarnya kreatif, tapi tak nak tunjuk bakat. Macam2 sebenarnya eca boleh buat.

Connie - bodyguard aku!

dan yang paling penting SSIN, ofcourse lah goyang kaki,tunggu duit masuk,boleh gitewww?HAHAHA!

Entry paling merapu, Terima kasih :)

tak ada idea,

Pagi tadi aku on facebook ada dapat friend request fadilah mohammad aris, tak sangka pulak dia ada baca blog aku. Maybe dia dapat facebook aku pon daripada blog aku. Dia ada cakap *keep on writing kat blog* but the problem now is aku tak tahu nak mulakan dari mana.

Bila ada keluar hangout lepak pon tak tahu nak cerita macam mana, kadang2 bila dah tulis panjang2 aku delete semua balik tak pon save dalam draft jer. Macam mana tue?

*Masa tulis entry nie pon ai tegur "tue tulis panjang2 jap lagi mesti delete balik"

Choyyy sangat.

Saturday, January 30, 2010

teringin,

Tiba tiba hari nie macam teringin nak makan nasi putih + sambal goreng + su. Pehhh sedap siot. Haaaih.

Thursday, January 28, 2010

culture shock hehehe,

"Culture shock ker aku nie?"

Teheee,berfikir sejenak.

Aku tak rasa aku culture shock,mungkin dah jadi lebih matang kot teeet!(matang ker) hahaha. Tapi sikap malas nak belajar tue jer ada lagi. Haaaih,kene bermuhasabah diri nie,mak bapak dah banyak berhabis duit untuk aku. Sorry ummi buyah,banyak menyusahkan. InsyaAllah buja try sehabis baik untuk dapat kan segulung Diploma. :)

culture shock definition ; a condition of disorientation affecting someone who is suddenly exposed to an unfamiliar culture or way of life or set of attitudes

diambil dari wordnet

Tuesday, January 19, 2010

akhirnya kene serang jugak,

Urgh laptop kene virus doe. Grrr,hari tue connie guna ym chatting dengan member dia. Tiba2 ada orang hantar virus,dia ter-accept sebab dia tak tahu benda yang orang tue hantar virus.(katanya...) haaaih,sekarang nie laptop aku macam dah slowww sikit,and tak boleh guna YM. Pastu kalau tengah guna mozzila kadang2 nanti dia macam ter-type sendiri. Huhuhu,dah tiba masa nak kene format kot laptop nie. Haaaih.

Antara punca lain yang aku rasa penyebab laptop aku kene virus,kitorang kalau online guna broadband noi. Kadang2 on kat laptop aku,kadang2 on kat laptop eca. Laptop eca tue seperti yang kitorang semua sedia maklum memang berlambak virus. So bila cucuk cucuk broadband agaknya,virus tue pon ikut sekali. Huhuhu,sadisss.

Thursday, January 14, 2010

read this!,

Entry bawah sumpah aku tipu, jangan percaya.

yang terbaik ada disini,

Seronok sangat daftar subjek dekat KLMU, korang kene cuba rasai pengalaman mendaftar subjek di KLMU. TERBAIK doe,staff2 yang uruskan proses pendaftaran semua berbudi bahasa. Kalau tak tahu nak pilih Uni or College masuk lah KLMU,TERBAIK doe.

p/s : rugi lah tadi masa dalam library takde orang pasang lagu indie,kalau tak confirm dah layan kepala dalam library tue.

Friday, January 1, 2010

new year resolution,

Haaaih,bosannye. Baru lepas edit kan blog J,bila dah siap edit gambar untuk header blog dia. Jeles gila doe,rasa macam nak jugak benda yang sama haaaih.

Sekarang nak tiru macam ajiek lah,nak fikir azam tahun baru 2010 hehehe. Apa lagi ek yang kene perbaiki. Hmmm,banyak kot.

Actually aku rasa aku tak pernah buat azam doe. Tahun nie cuba berazam,hmmm first thing yang paling penting nak naikkan balik cgpa aku yang tak berapa nak cantik tue,berusaha lebih lagi untuk dapat result yang bagus. Harap tercapai lah :p

2010 the day has come,

Hey,dah tahun 2010 doe. Hahaha kejap jer dah tahun baru,macam tak percaya. Semalam aku celebrate New Year dalam kereta. Actually tak plan pon nak celebrate new year kat luar,tapi napi dengan topek mintak teman kan dyeorang nak shopping baju,so aku keluar lah semalam. On the way nak hantar topek balik tue jalan jammed gila,dah nak sampai rumah topek tue jemi cakap, "eyh ssin dah pukul 12 lah" aku tak perasan pon doe,then pandang jer kat langit nampak fireworks dah start. Aku tengok jam dalam kereta dah pukul 12.02,tiba2 radio pon start "HAPPY NEW YEAR,HAPPY NEW YEAR..." aku pon jerit lah "happy new year" kuat2,masa tue tingkap kereta tak tutup taw,tiba2 ada motor lalu sebelah. Terus aku terdiam malu gila,pastu sambung jerit balik. Tapi yang best nya kitorang still dapat tengok bunga api dari jauh. HAHAHA. Semalam banyak gila road block doe,tapi saya dah ada lesen kan so tak ada lah cuak :p .

pssst : tahun nie masuk dua puluh tahun doe,otk.

Wednesday, December 30, 2009

zero X,

Haaaih,penglihatan kabur semula untuk jangka masa 2 minggu kot. Akak kat menara tue suruh aku tinggalkan spek kat situ. Dia nak tukar kan dengan yang baru. Sekarang nie baru lah aku terasa bila tak ada spek. Pandangan kabur jer,tadi drive pergi beli makanan untuk ummi kat pekan sg rambai,drive malam2 memang kabur jer. Haaaih harap kakak tue boleh repair spek aku tue cepat sikit,rindu lah dengan spek created by nicholas tse tue hehehe ;))

Tuesday, December 29, 2009

dah terlebih darah agaknye,


Dari semalam lagi tiba2 jer aku macam rasa nak derma darah lah. Kolej aku tue selalu jer buat kempen derma darah,tapi bila ada derma darah jer masa tue lah alasan alasan keluar. "aku tak sihat lah" "jarum tue besar sangat,kesian urat tangan aku" "alaaa tak nak lah nanti lepas derma darah pengsan macam budak perempuan aritu,malu bhai!" "nanti berat badan naik!" hahaha,tapi aku bertekad lepas nie kalau ada derma darah lagi kat kolej tue,aku nak cuba pergi. Huhuu,excited nie. :p

perlu atau tak,

Betul ker pendapat nie,


"Tak perlu luahkan isi hati kita pada si dia,sebab si dia dah sedia maklum tentang apa yang kita rasa..."

Contoh;

"i miss you,i love you dll"


Monday, December 28, 2009

warga muda sibuk nak jadi warga emas,

Hari nie ummi mintak aku drive untuk pergi sekolah dak ita dan settle kan hal hal ummi dekat maktab,malam tadi lagi ummi dah pesan dekat aku. Aku ok jer,huhuhu lagi pun aku nak pergi kedai menara,nak hantar spek aku. Akak kat menara tue suruh hantar spek tue hari isnin. Aku dah pakai spek sekarang. Spek aku tue jatuh hari tue,maklum lah first time pakai spek so kadang2 macam rimas,so buka lah. tengah pegang tiba2 terjatuh huhuhu,mula2 aku tak perasan. Dah 2 3 hari tue baru aku perasan lens dia macam terkeluar sikit,lens sebelah kiri jer. But still boleh pakai. Hari tue masa balik melaka ingat kan nak suruh dia repair jer,tiba2 akak tue cakap dia nak try tanya supplier kalau boleh dia tukar kan dengan yang baru. So kalau supplier ok aku akan dapat set baru lah. :p

Masa dekat sekolah dak ita tengah tunggu dia beli buku, ummi tanya aku pakai akaun bank apa sekarang, aku jawab lah Cimb. Ummi nak suruh aku buka akaun bank islam supaya kalau dia nak transfer duit senang. Guna internet jer,Cimb pon boleh transfer duit guna internet. Tapi hari tue ummi transfer duit guna internet. 2 hari kot baru masuk dalam akaun. huhuhu,lambat gila. Tak tahu lah kalau dia dah update kan sekarang.

So lepas dak ita dah settle beli barang,kitorang pergi maktab dulu sebab ummi nak settle kan hal2 dia,dia nak hantar result exam ker apa tadi. Lupa lah plak,tapi ada kene mengene dengan result exam lah kot.

Lepas tue baru kitorang pergi bank islam untuk buka akaun kat situ. Ya Allah punya lah ramai orang. Tak kisah lah ramai orang,tapi masalah nya no giliran tue tak bergerak. Lama jugak lah menunggu giliran,ramai juga lah makcik2 tadi menyindir "nak pergi makan sempat tak" "sempat sempat roti canai sekeping" hahaha kitorang siap sempat pergi kedai cermin mata,sebab dak ita nak buat spek baru.


No giliran buyah. (buyah nak buat apa entah,ada kene mengene dengan tabung haji.)

No giliran aku. (aku nak buka akaun)

Kitorang ambil 2 no giliran,1 no giliran buyah punya 1018. Lagi 1 aku punya 1160,kalau korang nak taw masa aku ambil no giliran tue,ada lagi 68 orang sebelum aku,bayang kan betapa ramai nya orang. Lepas dah settle beli spek untuk dak ita,ummi suruh aku patah balik kat bank islam mana taw ada rezeki,kitorang sampai jer no giliran kitorang sampai kan. Tapi aku sampai2 jer no giliran buyah dah terlepas,pak guard kat situ perasan aku. Dia cakap "alaaa dik dah lepas lah,hah tak pe lah tunggu 1160 tue" masa aku sampai tue no giliran 1125 huhuhu, Kitorang tak tunggu kat situ sebab masa kitorang tunggu sebelum tue, angka giliran tue tak bergerak gerak. Aku pon tak faham kenapa lambat sangat urusan dia. Yang aku pelik nya biasa nya kalau bank bank lain kalau untuk buka akaun dia akan sediakan kaunter khas untuk orang orang yang nak buka akaun taw,tapi tadi kat bank islam tak ada kaunter kaunter khas. Aku rasa sebab tue lah macam slow sikit urusan dyeorang.

Lagi satu bank islam ada buat no giliran khas untuk warga emas taw, kalau orang tue berumur 55 tahun keatas dia boleh ambil no giliran untuk warga emas. So bila pak cik2 tue tahu ada benda tue,semua nak keluar kan masukkan dalam mesin no giliran tue. Lepas ambil no giliran pak cik2 tue terus dapat pergi kaunter doe. So orang2 muda nie apa lagi semua nak ngaku warga emas hahaha. Aku suruh buyah ambil no giliran warga emas,tapi buyah warga muda lagi baru 50 tahun hahaha muda ker?

So bila dah terlepas no giliran buyah tue,aku dengan ummi tunggu lah kat situ. Buyah dah balik office dia ada meeting kot. Bila no giliran aku dah nak sampai aku cakap kat ummi "ummi bila no dah nak sampai nie,nervous plak" hahaha!aku dengan ummi siap buat countdown taw!bila sampai 1159 tue kitorang macam dah ready nak bangun bila bunyi "tiiing" jer aku tengok ummi macam dah bangun tiba2 no yang keluar no warga emas 3***,aku tergelak jer.

kitorang dah lega sikit sebab no dah start gerak laju macam air,hahaha tipu lah macam air kan. lebih kurang selang 3 minit no tue bertukar lah. masa nie dah start countdown taw!

adik beradik kot yang kat kaunter tue,tunggu kat situ lebih kurang 2 jam 1/2,cuba korang bayang kan!tak tahu lah kalau dyeorang sempat lunch ker tapi bila kitorang sampai bank tue dyeorang nie still ada lagi. Banyak jugak no yang dah tak ada orang. Maybe give up kot,malas dah nak menunggu. Aku dengan ummi dah tak sabar nak bangun.

Tiba2 boleh pulak keluar no nie,no untuk warga emas. HAHAHA!orang dah lah tengah excited. Boleh pulak bila dah keluar no 1160 camera hp ummi problem. Grrr dengki betul lah!