Followers

Friday, May 1, 2009

kau ingat kau cantik sangat?,

Happy 20th Birthday Siti Hajar Rahimin hahaha kurangkan emo,semua orang sayang kau.bila nak belanja buja t-shirt dengan skinny nie,lama dah tunggu nie.tak kira sempena hari kelahiran kau nie,kau kene belanja buja :D hahaha

benci,

Tag ini memerlukan kreativiti anda untuk mencipta soalan.Jawapan kepada soalan adalah soalan yang anda reka sendiri.Maknanya,orang lain kena fikirkan jawapan anda tu berdasarkan soalan yang anda tulis dalam ruang jawapan.

1. Dimana kamu berada sekarang?

dalam rumah ada apa selain tandas,stor,dapur,ruang makan,ruang tamu?

2.Apakah warna baju anda pakai sekarang?

lelaki pada zaman dahulu *purbakala* pakai baju tak?

3.Bila kali terakhir anda pergi menonton wayang?

isikan tempat kosong d_h la_ma t_k per_i ten_ok w_yan_

4.Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?

culinary art dalam bahasa melayu apa?

5.Lagu yang anda sedang dengar?

kalau aku dekat melaka kau dekat kuala lumpur,aku jerit nama kau,kau dengar apa apa tak?

6.Ke mana kali terakhir kamu ke luar negara(jika ada)?

-

7. Benda yang anda kali terakhir beli dengan duit anda?

corn dalam bahasa melayu?

8.Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?

wonder girls berasal dari mana?

9.Selebriti/Artis yang menyanyi yang kamu mahu sangat berjumpa?

tajuk lagu wonder girls yang aku suka yang bermula dengar huruf N tajuk nya?

10.Apakah berita yang terbaru yang anda baru dengar?

apa maksud katak dibawah tempurung?

11.Kalau diberi RM1,000 sekarang,nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?

pernah dengar pasal e-mall?

12.Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?

siapa kah pemilik url blog ini aboutady.blogspot.com & dannkepoh.blogspot.com?

14.Tadi anda makan apa?

melaka terkenal dengan lauk apa?

15.Siapakah yang anda ingin 'bengongkan' dengan soalan-soalan merapu anda ini?

semua orang yang membaca entry ini , WAJIB!

tag paling merapu,susah lah mangkuk betul siapa yang tag aku nie &*^%$#^&*&)((%@%$&^*&(**&%^#%( HAHAHAHAHA gurau jer jangan marah

butokmu,

cucu budree utomo dah 19 tahun,selamat hari lahir saiful nizam baharin budree utomo

otk,


hehehehe,ada lah gambar dengan fynn jamal.tapi dalam camera member,kitorg group yang bergambar last sekali,mungkin dah tak ingat kot :p

Thursday, April 30, 2009

hikhikhik,

sampai kampung benda pertama yang aku carik mesti lah ummi,ceh.benda ke dua wireless modem router,alihkan ke tempat yang lebih strategik supaya connection nya tidak terputus putus sebab wireless modem router yang ummi beli nie tak berapa power dalam rumah pon kadang kadang tak dapat nak connect.benda ke tiga yang aku buat makan,best gila dapat makan masakan makcik aku.sedap memang sedap :) suka gila.lepas siap makan semua,masuk bilik ngadap lappy,tgh conference dengan fath,adam & ajiek tetiba dengar ummi macam bersorak,keluar jap tengok rupanya kat tv tengah tunjuk siaran ulangan m.united lawan arsenal gila beria ummi sorak,tapi masa tue kak ngah tengah urut kepala ummi,tak tahu lah kalau ummi bersorak sebab kene urut atau bersorak sebab tengok bola,tunggu lah blog ummi lepas nie kalau kot kot ada cerita pasal bola.mana lah tahu :p ummi minat team apa agaknya?

Tuesday, April 28, 2009

p/s,

BUSYYYYYYYY!
-bye2-

malas nak update blog doe,huhuhu.tunggu lah wimax dah boleh guna nanti baru rajin update.sekarang tak ada mood doe :p final exam pon dah dekat.

exam,

tak puas hati gila dengan exam practical basic western tadi,urgh.

Friday, April 24, 2009

lega,

fuhhh,lega bila aku dah luah kan semua nya,benda yang asyik berlegar legar dalam kepala otak aku nie sejak semalam.

bersyukur bila dia orang boleh terima aku macam nie,terima kasih sahabat.

p/s : ummi harap ummi cepat sembuh

Thursday, April 23, 2009

perluker?,

ini cerita pagi tadi,tengah seronok tidur,tiba tiba faiz kecoh kecoh "woi woi ada orang mati jatuh bangunan jom tengok blablabla" aku buat tak tahu jer sebab ingat kan faiz macam kecoh kecoh padahal tak ada apa apa pon,sebab selalu nya dia memang macam tue.aku pon tidur lah semula.

lepas setengah jam macam tue,still aku dengar macam kecoh kecoh lagi pasal orang mati jatuh bangunan aku keluar lah bilik tanya lan dengan along kot kalau tak silap,"betul ker ada orang mati",dia orang cakap betul aku keluar tengok dekat balkoni memang betul doe.mayat pon ada lagi masa tue.

masa tue polis tengah nak angkat mayat tue,isk.makin berhantu lah pv10 lepas nie.huhuhu

gambar;

memang tak nampak lah kan dalam gambar nie.

ada lagi gambar dalam hp along,nanti aku upload.

aku rasa dia jatuh dari tingkat rendah jer,sebab kepala dia tak pecah perut dia tak terburai,darah tak memercik atas jalan.kira kalau nak kebumikan pon macam sempurna lagi lah mayat dia.tapi aku tengok kaki dia macam bengkok sikit,atau mayat dia dah keras masa polis nak angkat dia tue.

***update***

cina tue terjun dari tingkat 17,ada orang nampak masa dia jatuh tue,dengar dengar cerita masa dia jatuh tue ada 2 orang cina perempuan kat bawah,bila dia nampak cina tue jatuh,berlari perempuan tue start kereta lariiiiii,dengar macam lawak jer.lol ada juga orang nampak dari balkoni laki tue jatuh.

Wednesday, April 22, 2009

kasut mu pujaan hatiku,

sepatutnya entry nie keluar sebelum puisi dan kopi,dah penat penat aku menaip internet boleh problem pulak kan,semua hilang memang menyirap lah aku pfft.

nak cite semalam masa nak balik kl,plan nak balik tengah hari sikit.sebab malas nak keluar pagi sekali dengan buyah.ingat nak suruk pakcik aku hantar melaka sentral,tetiba pakcik aku cakap dia tak sihat badan.so boleh hantar sampai pekan jer.

aku sebenarnya dah lama tak naik pengangkutan awam dekat melaka tue,dan sistem pengangkutan awam dekat melaka memang teruk lah kan.tunggu punya tunggu sampai lah juga bus M.O.S,naik naik aku hulur duit pakcik tue cakap "tak ada duit kecil ker" aku cakap lah tak ada sebab aku masa tue memang tak ada duit kecil,lepas tue pakcik tue macam marah marah taw,aku bagi duit ambil tiket aku cakap,"kang saya ambil baki",mulut pakcik tue macam gerak gerak marah.pfft suka hati kau lah asalkan kau bahagia.

lepas tue kan yang aku perasan pakcik tue kan,dia kalau nampak macam ada budak sekolah ramai ramai tengah tunggu bus dia sanggup lalu jalan jauh taw,tak tahu lah apa masalah dia,tak nak ambil budak budak tue.

paling menyakitkan hati,ada sampai satu bus stop nie,dekat dekat dgn syarodz taw,budak tue macam dah angkat tangat nak suruh bus berhenti,pakcik tue boleh jalan jer,bila dah lepas dari bus stop tue dia buat muka macam suka lepas tue aku macam rasa dia cakap dalam hati *padan muka* isk sakit hati jer aku tengok.ada sorang makcik tue pon perasan apa yang pakcik tue buat.

sampai sampai kl,tunggu bus metro nak balik setapak,lepas tue nampak kasut pakcik tiket tue tinggi gila!mungkin mengelakkan daripada tergelincir wakakaka

gambar curi;

puisi & kopi,


semalam balik balik jer rumah nampak lah poster nie atas meja,mula mula macam sekali imbas jer tengok kali ke dua aku tengok "eyh Fynn Jamal?" terus macam excited nak pergi.minat sikit lah kot dekat Fynn Jamal tapi pernah tengok dekat YouTube jer dia perform.

so tadi tengah duduk online dekat rumah apit,tetiba dapat sms dari rain dalam pukul 6:00 "ssin kau katne?event dah start cepat lah datang" aku macam "eyh pukul berapa dah nie" tengok tengok dah pukul 6:00 berlari aku turun aku suruh arif tengok kan laptop aku sebab masa tue arif ada sebelah aku,balik rumah tukar seluar semua,terus turun bawah carik topek.

nasib baik topek lepak kedai melayu baru tue jer,tak payah aku susah susah nak mencarik.nak call memang tak boleh lah kan,sbb no aku dah kene block.panggil topek kat sana,rupanya topek memang tunggu jer sms dari aku ajak pergi college.yang pelik nya topek tak tahu pon sape fynn jamal tapi excited lebih.sengal nya.

pastu masa atas motor topek macam bawak gila babi laju aku cakap "wey slow lah sikit" dia jerit "fynn jamal fynn jamal" bodohhhh.actually topek excited nak support event class along kot,bukan pasal fynn jamal pon.

sampai sampai jer dapat sms dari lan "wei kot*,kate minat sangat fynn jamal tp pehal tak de pon kat sini.huhuhu",lepas tue nampak along,along suruh masuk.duduk duduk fynn jamal tengah cakap cakap kat depan.

p/s : entry nie mesti korang cakap "ala fynn jamal jer pon..." ala aku minat kot boooo

gambar curi;




Tuesday, April 21, 2009

shafiq latif,


entry nie aku nak wish happy 20th birthday kat housemate aku ai,dah tua lagi lah kau :p hope kau berjaya dalam apa jer benda yang kau akan buat lepas nie.lepas nie kau nak berhenti college dah kan.huhuhu.kalau ada apa apa problem kongsi lah,kalau kita orang boleh bantu insyaAllah kita orang bantu :)

p/s : ai aku ingat nak post tepat pukul 12:00,tapi aku tertidur doe hahaha.penat aku tunggu.habis lah kau balik kl nanti kene baling telur tepung blablabla

Monday, April 20, 2009

kesan,

kesan daripada melalak tak ingat dunia beberapa hari yang lepas sudah mulai dirasai pada hari ini,suara mulai berubah menjadi agak aneh.sakit kaki akibat larian sejauh beberapa kilometer juga sudah makin membuak buak sengal nya.

aduh,pagi tadi sapu dengan krim apa ntah jumpa dalam bilik ummi,pedih bhai,nyesal sapu banyak banyak,pedih dia ada lah tahan 2 3 jam,sakit kaki ok lagi,aku tak kisah.

yang aku kisah,dan tak suka kalau sakit tekak.nak makan pon macam tak ada selera doe,grrr.tapi tadi makcik aku masak asam pedas,sedap.walaupun deria rasa aku dah macam kureng,tapi aku makan 4 pinggan,tengah hari dan petang.HAHAHA best doe,dah lama sangap asam pedas.

*sakit tekak pon boleh menyanyi nyanyi lagi lagu entah apa apa semua jiwang karat,kan ai.hahaha,bosan doe hari nie.terima kasih youtube*

Sunday, April 19, 2009

Sogo - Hospital Tawakkal,

hari nie aku plan nak balik melaka,dengan ai,topek.tapi tak jadi.sebab keluar ramai ramai dengan budak budak rumah,tak rancang pun nak keluar tadi,tiba tiba jer along ajak keluar.ingat kan nak join sekejap jer,lepas tue gerak balik.tapi tengok jam dah lewat sangat,bus pon dah tak ada,aku batalkan lah plan asal tadi.tapi esok aku balik lah melaka,lagi pon aku free sampai selasa.

mula mula nak pergi karaoke dekat SOGO jer kan dekat sikit,pergi pergi macam mahal plak kan,so kita orang pergi lah karaoke dekat tempat yang kita orang selalu pergi dekat area area Times Square.biasa nya kalau kita orang pergi karaoke aku memang duduk tepi jer sebab segan nak nyanyi,tapi tadi aku banyak sungguh merosakkan lagu orang,asyik jerit jerit macam orang gila,lagu sedih pon nak jerit jerit,ini kan lagu yang ada jerit lagi lah kan,hahaha.tapi paling best masa nyanyi ramai ramai lagu bon jovi - its my life best gila,sampai hilang suara.tapi boleh jerit lagi :)

lepas abis karaoke terus balik lah kan,dalam bus duduk duduk masa tue tengah jam taw,aku cakap dekat along "kalau kita jalan kaki pon dah sampai aku rasa" along cakap apa entah aku lupa,lepas tue faiz macam cabar cabar aku taw,entah apa gila aku,aku cakap kalau aku boleh sampai steven's setapak dulu sebelum dia orang,along kene bagi dekat aku rm1500.00 motif aku mintak rm1500.00?hahaha adalah,tapi syarat nya aku kene bagi semua duit yang aku ada pada along,aku keluar kan semua duit aku tekan loceng aku keluar.

aku turun dekat SOGO masa tue,so kene lah berlari kan,bayang kan aku lari dari SOGO - Hospital Tawakkal yang lepas bulatan pahang tue,jauh tak?korang cuba lah.bukan ker tadi aku cakap nak lari sampai steven's setapak?cerita nya,aku tengah lari lari tiba tiba ada orang panggil aku dari belakang,rupanya along topek dengan am tunggu aku kat hospital tawakkal,so kira nya aku dah kalah lah pertaruhan tue,haih.along cakap dia tak sanggup tengok aku lari :)) dia orang perasan aku masa aku lari dekat chow kit,along risau aku lari sorang sorang kan.

gila sungguh aku hari nie,mungkin salah satu cara nak hilang kan tekanan sikit,tekanan lah sangat.tapi tue lah macam tak percaya aku lari dari SOGO - Hospital tawakkal.lagi pun aku dah lama tak bersukan,lepas nie mungkin aku boleh join dia orang main futsal?AHAHAHA

p/s : lan,ai,arif,faiz aku lari sampai Hospital Tawakkal jer,aku ingat nak terus lari,tapi along tak bagi.

printscreen,

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang



2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
macam menarik kan?

3) tag
shen
syamim
ainil
busu
yazlin
.
.
.
.
siapa nak buat buat lah

Friday, April 17, 2009

Thursday, April 16, 2009

jeng,


hari nie letih gila tolong along settle kan event dia sabtu nie,print poster,tiket dengan pas CREW,print tue senang jer.nak memotong benda benda tue yg letih tue.sakit bahu doe,kaki semua sakit,berdiri kan.tapi ai bangga lah sebab ramai orang puji design dia lawa

esok kene jual tiket lagi,kemas basement semua.adoi,xpe xpe demi "maruah" along